Tuesday, 24 September 2013

Solat Penenang Jiwa


BY: USTAZAH NORHAFIZAH

Bismillahirrahmanirrahim

Solat ini adalah tiang agama. Seseorang itu dilihat baik sama ada sebagai seorang ibu, pemimpin, guru, dan apa saja level adalah melalui solatnya. Mari kita hayati satu santapan rohani dari kalamullah (Al Maarij: 19-23):
“Sesungguhnya manusia dicipta dalam keadaan keluh kesah lagi bakhil. Apbila ditimpa kesusahan, mereka berkeluh kesah dan apabila diberi kesenangan, mereka kikir bakhil. Kecuali org2 yang mengerjakan solat yang mereka tetap selalu mengerjakan solat. “
Apabila kita diberi musibah, kita seolah- olah orang tak bertuhan. Mengadu sana sini tak tentu hala, murung, keluh kesah sana sini dan sebagainya. Tapi itu sudah perangai manusia yang sentiasa resah apabila ditimpa musibah dan menjadi orang lupa daratan apabila mendapat nikmat. Sebab itu senang saja untuk kita tahu bahawa orang-orang yang punyai sifat negative ini, mudah komen, mudah menyalahkan pasti mempunyai masalah dengan solatnya. Solat adalah natijah langsung dalam hidup, jika baik dilaksanakan dari sudut penjagaan waktu, kualiti, roh solat maka baiklah keseluruhan hidup kita. Solat ada terjemahan dalam hidup. Jadikanlah peribadi kita seorang yang tenang dengan solat.
“(Surah Luqman: 17) Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat, ajaklah kepada kebaikan cegahlah kemungkaran dan sabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Yang demikian itu termasuk perkara besar yg diwajibkan. “
Perkara yang penting untuk dilihat dalam pendidikan solat anak-anak:

  1. Alirkan rasa ketenangan, kedamaian ketika solat kepada anak yang dikandungkan. Ketenangan seorang ibu akan sampai kepada anak. Ibu- ibu yang tak banyak kerenah, tak bawa masalah kepada suami, tak kuat emosi, tenang dalam solat waktu mengandung, anak yang dilahirkan itu menjadi anak yang sangat mudah diuruskan. Solat adalah terapi jiwa.
  2. Biasakan anak menggunakan pancaindera untuk sentiasa melihat pergerakan solat, bacaan solat seawal masih bayi lagi. Proses perkembangan bayi sgt menakjubkan. Anak-anak sgt cepat dan pantas berkembang. Seolah olah kita doktrin anak- anak untuk dekat dengan solat, mendekatkan dia dengan kebaikan sejak masih kecil.
  3. Menyertakan anak untuk solat bersama-sama.
  4. Didik  anak- anak bacaan solat di luar solat. Hatta ketika sedang dipangku, dengarkan semua tasbih-tasbih dalam solat, selawat, surah alfatihah dan lain lain. Nanti anak-anak senang untuk serap ketika solat yang sebenar.
  5. Perhati pelaksanaan solat anak- anak sepanjang masa, bahkan solat kita sering diperhatikan Allah. Isytihar pada anak-anak tentang kursus amali solat, cari waktu yang sesuai untuk laksanakan untuk beritahu peri penting solat. Ajarkan tentang cara solat yg betul, kedudukan berjemaah, bacaan- bacaan, bagaimana untuk masbuk dan sebagainya. Tasmik bacaan anak2 satu persatu.
  6. Latih anak lelaki untuk jadi imam ketika solat sejak awal
  7. Proses penghayatan solat berlangsung dalam tempoh lama. Biarlah setiap minggu sekurang-kurangnya sekali buat tazkirah tentang solat. Fadhilat solat dari sudut kesihatan dan pelbagai input tentang solat. Walaupun tajuk tazkirah tiap minggu berbeza, masukkan input tentang solat. Kaitkan semuanya dengan solat supaya akhirnya anak-anak dapat lihat perkaitan solat dengan hidup dan benar benar menjiwai solat sebagai tiang agama
  8. Gambarkan kepada anak- anak bahawa solat adalah solusi terhadap semua perkara. Apabila berlaku sebarang konflik kepada mereka, ajak anak-anak untuk solat terlebih dahulu dan rasai kenikmatannya. Kelak, mereka akan faham bahawa apa pun yang berlaku, mereka perlu berhubung langsung dengan Allah SWT.
  9. Ajak mereka nikmati solat berjemaah. Ikat hati anak- anak dengan masjid. Seperti dalam surah Hijr: 21, gambarkan kepada anak bahawa masjid adalah perbendaharaan Allah. Di sanalah Allah turunkan perbendaharaannya terlebih dahulu untuk org masjid.
  10. Banyakkan dan bantu anak- anak hafaz sekurang-kurangnya ayat lazim. Sangat penting kalau kita mahu anak kita menjadi generasi yang menjaga solat, kita perlu ikat mereka dengan Al Quran. Nabi pernah bersabda, “Ya Allah, jadikanlah penenang jiwaku itu ada pada solat”. 
Ya Allah, tinggikan nama kami di sisiMu, di himpunan yang baik, dan di tempat yang lebih baik. Amin 

No comments:

Post a Comment